Thursday, April 28, 2011

Motivasi Diri...

Posted by Acik Mano at 8:13 PM
Berpeluang lagi untuk bertemu dengan Dr. Robiah....seronok n terkesan dengan ceramahnya...cara dua hala.....( terkesan kah??? atau cuma sekejap tu je terkesan, peh tu balik asal??)
Time ni tengah sesi soal jawab..jawab kena tak jawab pun kena...
Wajah Dr. sekarang, ikut kata Dr. dia fobia dengan tangga kerana terpaksa terlantar selama 3 bulan bila terjatuh dari tangga...






ceramah motivasi di Sepang tahun 2008
Kali pertama bertemu dengan Dr. ni pada tahun 2008...Dr. memang seorang yang ceria dan peramah...sejuk mata memandang, sikap seorang ibu memang terselah diwajahnya...
Ceramah apa plak kali ini yang dapat acik ikuti......tajuk ni pun 'besar' maknanya.......Bagaimana Membentuk Keluarga Cemerlang...wah punya besar maksud tajuk ni...persoalannya bagaimana...
ikut kata Dr. kecemerlangan terbentuk bermula daripada ibu bapa itu sendiri...jadinya sebelum menjadi ibu bapa, diri sendiri perlu cemerlang dahulu...kena siap lengkap segala amalan yang perlu di dunia dan akhirat...apa yg tak patutnya bila memilih pasangan seseorang itu mementingkan kekuatan, kepatuhan dan keimanan kepada agama, sedangkan diri sendiri tidak selengkap itu...kata Dr. bila nak memilih cermin diri sendiri dahulu, lengkapkan diri dengan apa yang diri sendiri mahu kepada pasangan, maka barulah boleh memilih seperti yang dikehendaki...istilahnya setara le dari segi amalan ...
Disamping itu kita perlu membentuk keungulan diri sendiri, best among the best le supaya boleh membentuk satu keluarga yang cemerlang...jangan bermimpi untuk mendapat dunia yang hebat jika diri sendiri tidak hebat...maka sebagai manusia yang memimpikan keluarga yang cemerlang maka jadikanlah diri seperti sepohon pokok yang rimbun...daunnya dapat menjadi tempat berteduh, buahnya memberi makan kepada yang memerlukan...akarnya kuat boleh menyokong batang pokok...dan batangnya boleh memberi manfaat...
Acik tertarik dengan apa yg Dr. katakan...binalah syurga untuk membina kekuatan...dan carilah akhirat dan dunia akan datang menyusul kemudian....

0 comments:

 

What Ever... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei