Monday, May 9, 2011

Ikhlas...

Posted by Acik Mano at 8:56 AM
"Saya tolong dengan ikhlas..."
"Ambil lah ...saya bagi ikhlas..."
"Jangan lah berkira, saya ikhlas ni..."
"Beribadatlah dengan ikhlas..."
Macam2 ayat2 yang mengunakan perkataan ikhlas...ikhlas..ikhlas..ikhlas......
cam na yang dikatakan ikhlas tu ya??? ikhlas tu leh dipegang ke??belh dilihat ke?? perlu disebut-sebut ke?? ia nya sesuatu yg 'misteri' hanya diketahui oleh Allah Taalla apa yg tersemat dalam hati umatnya...
acik tercari-cari juga maksud ikhlas ni...ada yg mengatakan ikhla situ ibarat...
...seperti melihat semut hitam, diats batu yang hitam dan dalam malam yang gelap....
wah kalu cam ni le..meman tak leh dilihat langsung...
mengikut kata En. Amran b. Awaludin (Penasihat Undang2 ..) dia mengibaratkan...
...sejauh mana seseorang tu sanggup mengaku berak di  tengahjalan...
..ataupun...sesuatu pekara itu sudah tentu salahnya, sudah jelas dimata dan tidak mahu mengaku juga...
...ataupun kesanggupan berkata benar atau mengaku kesalahan walaupun ianya pahit untuk ditelan disebabkan akibat daripada kesalahan tersebut...
jadinya...acik boleh menyimpulkan kalu u all sanggup mengaku apa yg dikatakan oleh En. Amran tu...cam tu le maksudnya ikhlas...(sanggup ke??kehkehkeh...)...ianya tidak perlu diperkatakan, telan dalam hati sahaja...coz Allah Taala maha mengetahui....hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan pemberi balasan yang setimpal...

Ikut kata bonda...ciri yang terdapat dlm ikhlas itu...
...perasaan yang timbul ...perasaan lapang dan suka selepas memberi dan membantu orang lain...
...kekuatan sabar akan terhasil selepas itu...iaitu menerima apa sahaja perkara yang akan datang ...
...tiada sifat marah dan mengungkit selepas situ...atas segala apa yang telah diberikan...maksudnya pahala keikhlasan itu akan terhapus semuanya bila mula mengungkit...maka sia2 sahaja segala apa yang telah diberikan..
...tidak perlu diraikan apa yang telah diberikan...cam buat majlis2 ke...bak kata pepatah..tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu ....
...tidak mengharapkan balasan....
...ni yang paling penting...tiada udang disebalik batu...
Jadinya sejauh mana keikhlasan diri dalam menolong dan membuat sesuatu... tepuk dada tanya selera...
samada selama ini diri kita benar2 ikhlas... adakah diri kita mendapat pahala ikhlas tersebut...

0 comments:

 

What Ever... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei