Tuesday, May 10, 2011

Akhlak Mulia..

Posted by Acik Mano at 11:50 AM
Mari kita kongsi...
-selalu dengar tak berakhlak langsung budak ni...
-oooiii mano poi akhlak ko ha??
-bila ditempat orang jaga sikit akhlak tu...tu le pesan mak bapak pada anak2 yg nak gi merantau...

Apa yang dikatakan akhlak???
-Ikut kata kamus le, akhlak ni adalah tingkah laku yang didorong oleh sesuatu keinginan untuk membuat perkara yang baik dalam situasi yang sedar.....
-akhlak ni asalnya daripada perkataan arab yang membawa maksud tingkah laku, perangai atau tabiat seseorang....jadinya kalau berkeinginan dalam sedar membuat perkara yang tidak baik tu, tandanya orang itu tidak berakhlak...
-Menurut Imam Al-Ghazali, akhlak ini adalah suatu struktur yang kukuh dalam diri yang lahir daripadanya tindak tanduk dengan mudah dan senang tanpa perlu berfikir atau bertangguh.....
-Akhlak ni juga boleh dikatakan sebagai tingkah laku...jika tangkah kalu maka ianya hendaklah berterusan diamalkan, tiada rasa paksaan dalam diri untuk melalukannya...
-Imam Ghazali juga mengariskan akhlak yang mulia itu perlu ada kebijaksanaan, keberanian, adil dan memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik....
-Wah kalu cam ni berakhlak tinggi bukan senang nak dicapai...kena bentuk sasiah diri yang mantap ni...kena cover luaran dan dalam ni...istilahnya jiwa dan jasad mesti lah seiring untuk membentuk sasiah diri yang unggul...
...apa plak yang dikatakan jiwa tu ya??? jiwa ni merangkumi dalaman dan luaran
-Dalaman jiwa terdiri daripada kalbu(ni yg dikatakan menusuk jantung ni), akal dan juga ayahwat(nafsu)
-Luaran jiwa terdiri daripada jasad, suasana dan syaitan...
Jadinya jiwa dalam dan luaran ni kenalah seimbang tuk melahirkan seorang insan yang mempunyai sasiah yang mantap dan berakhlak mulia...

0 comments:

 

What Ever... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei