Friday, July 22, 2011

kita kongsi-kongsikan.................

Posted by Acik Mano at 4:30 PM
Assallamualaikum  dan salam sejahtera semua....sihat walafiat hendaknya semua pembaca blog.... ari ni mail dari kawan lama acik ..kak gie... acik nak kongsikan buat renungan kita bersama... rezeki kita bukan hanya wang ringit dan kemewahan sahaja... rezeki termasuklah kesihatan yang biak... kawan2 semua kesihatan bagaimana??? Beberapa nikmat telah ditarik balik oleh Allah... kesihatan  tidak begitu memberangsangkan, nikmat tidur juga telah ditarik ... tidur tak berapa nak lena... dan nikmat makan... paham2 je lahkan bila tak sihat... selsema dan demam mana nak rasa nikmat makanan tu... tah mana masin nye...manisnya... tu baru ditarik 2 nikmat je... belum diraik nikmat umur lagi... kalu dah ditarik apa pun dah tak payah.... jadinya ini pesanan kak jie pada acik tuk dikongsi bersama......pesanan dari Dato' Dr. Fadilah Kamsah...
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu....

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,  rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba 
… .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !




Lagi satu pesanan Dato ynag sentiasa acik ingat... kita jangan sombong dengan Allah...sentiasa memohon kepada Nya jangan malu mengadu dan meminta pertolongan daripadaNya kerana kita hambanya yang tidak berupaya kecuali dgn bantuanNya jua....

1 comments:

Unknown on 16:43 said...

good info..good sharing kak..stakat ni alhamdulillah sntiasa mndoakn kbhgiaan n kesejahteraan mereka slps solat..klu pg kira msa solat subuh dh sedekahla kn..hehe...salinglah kta meingatkn..xkra tua 0r muda kn...mohon nk share kt blog gak..TQ :)

 

What Ever... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei