Monday, August 1, 2011

Ramadan Datang Lagi

Posted by Acik Mano at 4:05 PM
Salam Ramadan buat semua... tak lewat lagi kan tuk ucapkan Salam Ramadan pada semua pembaca...Acik nak kongsi artikel ni   bersama u all, kawan2 drop a mail dlm in box acik...

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
                        Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
                        Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." 
 
Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
                        Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.


Cam na u all gi Tarawih tak malam semalam... banyak fadilatnya... meh kita share...
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Solat sunat terawih yang penuh fadhilat dari yang Esa. Mari teruskan membaca untuk mengetahui kelebihan yang diturunkan buat semua umat Islam.
  1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama – Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
  2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
  3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga – Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
  4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat – Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima – Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
  6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
  7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
  8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
  9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
dipohon kita sama2 mendapat keberkatannya...

Ni Acik nak share kisah tarawih acik malam tadi.... kan acik ni baru je balik dari sakit... sebnrnya sakit perut berangin acik ni tak berapa nak baik pun... ubatnya dah habis... so buat bodoh je le... dengan semangat yang berkobar2 acik ikut anak acik gi surau ditaman acik malam tadi.. sayupnya mata memandang surau tu dari jalan masuk umah acik... ...15 minit gak le menapak, syukur tak hujan...duduk sebelah mak cik yang agak2 baya bonda... senyum.. malu ooo perut ni buat hal plak bunyi2,  nak buang angin istilah lembutnya... tahan2 gak...peh tu waktu ishak masuk... solah jemaah ishak le... tak sempat nak selesai lagi kentut gak akhirnya... tak pasal2 kena ulang balik... org lain dok berdoa awak sorang je yang masih tungang tungit solat ishak..... selesai gak... lepas tarawih2 rakaat melepas lagi...naik malu ulang alik ke toilet... rasa2 macam org duk mengata je... sib baik adik sebelah paham... dia yg palingconcern skali.. selesai je setiap 2 rakaat dia akan tanya.... akak ok  tak... akhirnya berjaya juga menyelesaikan 8 rakaat tarawih dan 3 tasbih... dengan 4 kali ulang alik mengambil wuduk... uuuuu naik lencun kepala...tu le akibatnya perut berangin...malam ni kena buka dengan kurma n air horlik je le, tak leh nak makan nasi lauk cili api, sah2 berangin lagi perut ni... malam ni gi ke tak ...macam mana dengan semangat ni... cayok2x... kuatkan semangat tuk tarawih lagi malam ke dua nini...tompang semangat anak2 je...pastikan ambil tempat dekat dengan toilet ya.... tapi cam na dgn bling2 acik... ada masa tu nak buat... tak sempat ambik cuti je acik...tarawih tak pat nak buat di masa lain de kan...
Lagi satu yang acik rasa bersalah ... masa nak mula solat yang lepas berwuduk yg ke 4 tu... acik rasa2 terpijak smtg...cam glasses... ampun tuan punya nya..acik tak perasan, coz nak cepat tak sempat acik nak capai glasses acik... main redah je... harap2 glasses org tu tak apa2 masih boleh dipakai lagi...
Ni nak cite pasal shur plak... u all makan apa sahur tadi... acik buat nasi goreng je tuk anak2... coz kalu tak mana they all nak makan... nanti semua pandang nasi  putih macamorg tak de napsu je... acik sahur tak kisah apa pun... dapat roti dan secawan air panas cukup lah...nasi goreng pg tadi ada  ada lebih tu.. dah pesan pada they all jangan ada yang makan tengahari udah...they all ari ni cuti seronok sambung tidur... so apa plak nak buat menu sahur tuk pagi sok... ooo leh buat bihoon goreng lah.....
So selamat berpuasa pada u all, dan ajar2 lah anak2 kecil kita berpuasa...

0 comments:

 

What Ever... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei