Monday, October 3, 2011

Membentuk Pesenoliti Unggul.......

Posted by Acik Mano at 4:00 PM
Wah bukan main lagi tajuk topik ni kan.. kasi gembaq sikit.. cam na nak bentuk pesoniliti unggul tu ya.. siapakah muslimah yang mempunyai pesonoliti yg unggul tu...
Acik saja nak share topik ni.. acik gi krusus (nak cukupkan 7 ari setahun le katakan).. siapa penceramahnya nya.. tara..siapa lagi kalau bukan pengacara TV3 Malaysia Hari Ini ..Wardina Saffiah..ngapa tak caya.. percaya lah..betul...cuka tengok bawah
                                              .
                                              .
                                              .
                                              .
                                              .
                                              .


Memang mulus kulit dia, orangnya cantik , ceria, comel....opiss. ni nak cite berkenaan personaliti unggul ke atau kulit plak.. ya betul.. kecantikan luaran bermula dari dalam..tambah lagi.. kecantikan seseorang itu bukan luarnya tetapi ilmu yang dimilikinya..
Ikut Kata Wardina personaliti unggul boleh diperolehi dengan  dari AL-Quran.. maksudnya jika nak mendapatkan personiliti unggul kena amalkan apa yg diwajibkan dalam Al-Quran, tinggalkan apa yg dilarang.. setiap segala perbuatan yang kita buat kena tahu sebab musababnya bukan ikut-ikutan.. dan juga apa yang diwahyukan Allah itu adalah untuk kemuliaan hambanya.. seperti perlunya menutup aurat (berhijab) bagi seorang wanita muslim.. Soalan dari Wardina.. Ayat yang mana dalam Al-Quran memerintahkan my sisters supaya berhijab.. semua dalam dewan sunyi sepi sorang pun tak menjawab.. u all nak tahu..surah al-ahzab ayat 59.. ha tu la.. bukan tak tahu..tapi lupa.. masa dulu belajar sebab nak lulus peksa dgn cemerlang.. cuba niat sebab Allah Taala.. kan berkat ilmu tu.. tak de le lupa..

surah al-ahzab ayat 59

"wahai nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri orang mukmin,"hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka."yang demikian itu agar mereka mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu dan Allah maha pengampun,maha penyayang."~surah al-ahzab ayat 59

Dan juga Surah An-Nur ayat 30-31.. petikan maksud dan ulasannya..boleh didapati di sini panjang lebar dibincangkan..

Dan sentiasa lah berdoa seperti yang selalu diamalkan oleh Nabi Muhamaad.. 
"Lindungilah daku dari kebodohan dan kejahilan"..
ya le kekadang kita ni sentiasa perasan bagus je.. tapi sebenarnya bodoh sombong kata orang tu kan..perasan yang apa kita buat semuanya betul org lain tak betul...kadang2 'jaki' je dgn org lain.....Penah ke u all berperasan begini.. oppssss jangan perasan ya.. tak baik.... jadinya tak salah berdoa memohon supaya tidak bodoh dan jahil....nanti jadi sombong bodoh..

Selain daripada itu kita perlu mengingatkan diri kita .. sentiasa mencari ilmu yang bermanafaat .... dan sentiasa menghadiri majlis ilmu (sebab ilmu yang bermanfaat akan dibawa ke masti..).. sebab jika kita tidak menghadiri majlis ilmu dalam masa 40 hari, hati kita akan menjadi mati.. kalu hati sudah mati susah le nak menghidupkan dan membersihkan hati kita....

Pesanan dari Wadiana juga..bagi kita ibu yang berkerjaya seperti kia  ni.... jika bertembung diantara kerjaya dan keluarga.. pastikan keluarga diutamakan/didahulukan...sebab kita perlu berkeyakinan dengan rezeki Allah.. sebab Allah itu maha pengasih dan maha penyayang.. Dia akan memberikan rahmat kepada hambanya yang yakin dan percaya dengan Rahmatnya.. bila kita, kita tutup 1 lubang rezeki demi Allah jua maka Allah akan membuka seribu lubang rezeki yang lain.... yakin lah pasti rezeki kita akan sentiasa ada..

Kita sebagai ibu dan bapa perlu mengasuh sendiri anak kita yang sedang membesar jangan mengharapkan orang lain mengasuh anak kita... kita boleh merujuk kepada Surah Luqman bagaimana untuk mendidik anak-anak..nak story lebih2 pun acik kan nye pandai.. tapi leh tengok sini
konsep yang perlu di ajarkan kepad anak-anak ialah :
1. Perlu mengajar anak emosi mereka yang sebenar
2. Ajar mereka meluahkan emosi@perasaan yang terpendam
3.  Mengajar menghormati hak orang lain
4. Mengajar berkenaan ketahuhidan maha pencipta@Allah yang esa..
5.  Jangan memperekutuan Allah dengan apa jua
6. Mengajar hubungan Allah dengan manusia, manusia dengan manusia dan alam dengan manusia...
7. Panggillah mereka dengan nama yang baik maksudnya..

Lagi satu apa yang dipesan oleh Wardina.. kita perlu menerima perbezaan pandangan orang lain..sebab nanti kita akan jadi busuk ati.. sebab bila terlintas apa2 yang tidak elok dalam hati kita berkenaan orag lain itu adalah satu dosa...jadi untuk membersihan hati kita cuba rujuk surah surah-al-Hujurat-ayat-9-12 sebab kita seIslam adalah berasudara...
Walupun sejam Wardian bagi talk.. tapi rasa puas dengan apa yang diberikannya..
apa lagi lepas tu sesi pemberian cenderamata le..

berpossing le plak...
tapi gambar blurr..hukhukhuk...

1 comments:

Reflisia on 17:02 said...

wahhh..acik, kalau saya ader sure pasti saya nak pi juga kursus ni...nak cukupkan 7 hari setahun! hehehe

 

What Ever... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei