Monday, February 18, 2013

Cendawan Mekah....hehehe (di fadang fasir pun ada cendawan ke?)

Posted by Acik Mano at 12:32 PM
Itu le rezeki namanya....hari sabtu 16 geng2 Surau hantar sms jemput meraramikan surau di taman acik duduk tu ...we all buat sambutan maulid ...

masa minum2 tu ada le acik ni terdengar-dengar kaum2 ibu cerita ...gi berurut...3 jam (lamo eh)...acik ni bukan kenal org pun.....so dengan muka tak malunya, tanya le dimana? So dapat le no tel tukang urut cal dan tanya bila free n alamat rumah...malam tu gak acik buat appointment dengan dia..kul 8.30 mlm...

Kul 8 dah ni ....nak pi ke tak laling tanya..dah siap ambik kunci keta..janji kul 8.30 le..
Pi lepas ishak le ...
so hantar sms bgi tahu Kak Mariani lambat kit dlm kul 9...tak suka buat org tertunggu-tunggu...
Kak ni senyap je..acik yg pok pek..tahya mana dapat kebolehan mengurut...minyak urut buat sendiri ke..
then dia tanya penah tak dengar tentang cendawan mekah.....tak penah...apa kebaikanya?
buta ubat..tuk darah tinggi...tuk sakit kulit...minyak urut tu campur cendawan mekah le...
cam na rupa dia ...nak bela senang je..masukkan dlm tub kalu besar..banyak le dapat..dah tu bagi makan..makanan nya teh herba..bila teh tu habis tambah le lagi..ikut kata Mariani ibunya sebesar 2 jari org jual RM200.00 (mahal rasanya)...tapi bila jadi keuntungannya melebihi kos beli ibu tu..kalau menjadi...cendawan tu akan jadi berlapis-lapis..bila nak ambil airnya..cedok air dibawah cendawan tu...kena hati2 sikit...sebab airnya berasid .....nanti jadi sakit perut..so kebersihan perlu diutamakan....menarik gak bila kakak tu cerita...
cari punya cari ini le yg acik jumpa...tempek dari blog May..Ampang tengok di blog dia menarik plak minum airnya(macam best je)


Kebaikan Kulat Mekah / Cendawan Mekah / Teh Kombucha

Air teh Kombucha adalah minuman zaman silam dari Manchuria yang mana ia telah dibiakkan melalui proses pembentukkan/pembiakan dari ‘Bacterium lylinum’. Teh Kombucha ini secara semulajdi adalah sedikit berasid dan diketahui mempunyai rasa seperti ‘cuka sider epal’, ia sedikit manis, sedikit masam.

‘Biochemist’ banyak menyebut tentang kesan therapeutik asid L-Laktik dan asid Glucuranic. Asid Laktik juga ditemui di dalam tapai makanan seperti sauerkraut dan yogurt. Asid Laktid di dalam air tapai yang aktif adalah lebih tinggi tahap ionnya maka ianya lebih baik dari asid asitik (dijumpai dalam cuka). Asid Laktik mengaktifkan sel pernafasan, meningkatkan oksigen di dalam darah dan menambahkan tenaga. Ia juga dapat mengimbangi pH darah dalam keadaan berasid dan secara perlahan meransang fungsi hati (liver).

Asid Laktik jarang sekali terdapat didalam tisu pesakit kanser. Kekurangan asid Laktid akan menjurus kepada ‘Hypoxia’, iaitu kekurangan oksigen dan akan mengakibatkan pembentukkan asid DL-Laktik yang tidak diingini.

Asid Glucuronic adalah penyahtoksid bagi hati yang akan mengikat metabolic dan racun dari persekitaran bagi membuang bahan-bahan merbahaya tersebut dikeluarkan dari badan.

Pelarut semulajadi ini sangat berguna kepada pesakit-pesakit arthritis, gout atherosclerosis dan lain-lain di mana terdapat lebihan kolestrol dan lain-lain bahan metabolic. Asid Glucuronic juga adalah pembina kepada sekumpulan penting ‘mucopolysaccharides’.

Mucopolysaccharides adalah molekul-molekul kompleks yang besar gula yang bergabung dengan asid amino lalu membentuk semen cecair intercellular bagi badan yang akan melindungi dan mengikat antara satu lain organ-organ serta melincirkan sendi-sendi.

Mucoplysaccharides mengandungi:

1. Asid Hyaluronic, yang ditemui dalam krim-krim muka yang mahal dan juga dalam di kulit di mana ia mengikat sel-sel dan juga air tisu.
2. ‘Chondroitin Sulfate’, terdapat di tulang rawan dan rangkaian tisu yang mempercepatkan penyembuhan tulang dan tisu lembut.
3. Asid Mucoitin Sulfurik, bahan asas kepada pembinaan lapisan perut dan vitreous humors mata.
4. ‘Heparin’, pencair darah yang ditemui terutama dalam tisu hati dan peparu yang membantu mengelakkan pembekuan darah.

Air teh Kombucha sangat baik terutama di dalam menormalkan fungsi sistem penghadaman apabila diambil sewaktu makan. Walaupun ia bersifat asid, ia tidak mengakibatkan ‘hyperacidity’ di dalam perut. Asid dari makanan yang tidak hadam selalunya adalah simptom dari penapaian makanan yang tidak diingini dan akibat dari kekurangan makanan mentah (60%) dan kekurangan asid hidroklorik dan lain-lain asid rembesan yang diperlukan oleh sistem penghadaman.

Air teh Kambucha dapat mengatasi masalah pembuangan air besar (sembelit) dan telah menghasilkan keputusan yang baik terhadap pesakit yang menderita masalah buah pinggang dan batu dalam hempedu. Ada juga lapuran yang mengatakan bahawa ia dapat mengurangkan berat badan jika diminum setiap hari.

Air teh Kombucha bukanlah penyembuh segalanya. Namun selama beratus-ratus tahun, ia telah merekodkan banyak testimoni penyembuhan dan peningkatan kesihatan diri yang menakjubkan. Bagi mengetahui kesesuaian bagi penyembuhan diri anda minumlah air teh Kombucha secara berterusan selama 30 hari. Adalah dicadangkan supaya bermula dengan pengambilan empat (4) auns sehari dan tingkatkan secara beransur kepada dua belas (12) auns sehari.
Kebaikan yang pernah dilaporkan kesan mengamalkan minum air teh Kombucha:
Menghapuskan kedutan dan membantu menyinkirkan tompok-tompok perang pada tangan. Ia adalah pelembab kulit
Mengelakkan dari beberapa jenis kanser. Di Manchuria, dimana cendawan ini ditemui, tiada satu kes kanser pun dikesan di sana. Setiap hari mereka minum air teh Kombucha ini sebagai amalan keagamaan.
Semasa manapous, Kombucha dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat panas. Sebaik selepas meminumnya, anda akan mengalami rasa sensasi yang menyeronokkan kerana komponen air teh Kombucha yang memasuki saluran darah bertindakbalas menyingkirkan bahan-bahan kimia beracun dan cecair, mengakibatkan anda merasa peningkatan aktiviti dan fleksibiliti di kawasan sekeliling pinggang anda.

Antara lagi kebaikkan yang ditemui:

Membantu melegakan masalah sembelit.
Membantu melegakan sakit-sakit otot pada bahu dan leher/tengkuk.
Membantu melegakan masalah bronchitis, asma dan batuk.
Membantu melegakan kanak-kanak yang ada masalah berkahak (Phlegm)
Membantu melegakan masalah alergik dan juga masalah sakit saraf.
Membantu melegakan masalah buah pinggang.
Membantu melegakan masalah katarak atau masalah kornea mata.
Membantu membersihkan pundi hempedu, menolong masalah colitis dan sakit perut
Membantu menyembuhkan banyak jenis penyakit.
Berupaya mengurangkan kolestrol dan melembutkan saluran-saluran darah.
Membantu melegakan masalah ceret-beret.


 masa urut tu Mariani tanya ...ada penyakit dlm perut ke....ada darah tinggi .kelestrol tinggi gak...
sebab tapak kaki kuning...dah diurut-urut..tak merah pun...masa urut tu ada le part2 yang rasa bisa ...itu sebab urat tu bersilang..bila dia bersilang sbb  tu rasa pedih...lembut je akak tu gosok2 tuk leraikan silangan tu...tu dah lepas...sakit lagi tak...yanya...tak pedih lagi dah...
ada parat tu sakit betul...akak tu kata darah berkulpul tak jalan lancar...sebab darah pekat sangat...Uuuu ye le kan darah tinggi.....ni angin tak kuar ni...nanti kulit merah2 sebab angin kuar melalui liang roma...acik pun mohon le pada Allah supaya kentut ke sendawa ke...alhamdulilah...kendawa lega betul rasanya tadi angin tersekat di perut...(sib baik tak kentut)
so tau le ngapa dia urut lama sangat....kul 12.30 baru call laling suh jemput...

Sambungan berkenaan cendawan ni...di ambil dari blog1citarasa1malaysia
MEMBUAT KOMBUCHA TEH


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN 

- 2 liter air bersih .
- 2,5 ons gula pasir putih
- teh hijau 
- "BABY" Kombucha 
- Kira-kira segelas 2 gelas Kombucha Tea sebagai permulaan

ALAT-ALAT YANG DIPERLUKAN

- Cerek stainless steel untuk menjerang air. “jangan gunakan cerek aluminium”. Pastikan cerek itu tiada kerosakan ataupun kecacatan.
- Balang kaca untuk tempat membuat Kombucha-Tea dan boleh juga bekas plastik tupperware. Tetapi paling baik memakai balang kaca kerana tidak teroksidasi.
- Kain atau sapu tangan digunakan untuk menutup baling kaca tempat Kombucha Tea dibuat.
- Getah atau tali untuk mengikat kain yng diperlukan.

CARA PEMBUATAN


1. Jerang 2 liter air dalam cerek
2. Masukkan gula pasir (2,5 ons) kedalamnya
3. Setelah air gula mendidih, lalu masukkan 5 sachet atau dengan ukuran setara teh hijau kedalamnya, tutup rapat cerek, biarkan selama 15 minit.
4. Angkat sachet, buka tutup cerek dan biarkan teh manis tersebut menjadi dingin sesuai suhu ruang. Tutup dengan kain agar tak dimasuki debu atau binatang-binatang kecil seperti semut, latat dab sebagainya.
5. Setelah suhu cerek sama dengan suhu bilik pindahkan teh manis tersebut kedalam balang kaca yang sudah disediakan, sambil ditapis.
6. Masukkan "BABY" Kombucha kemudian jamur di tempat yang tidak terdedah kepada matahari secara terus. Jangan letak ia dalam posisi terbalik kebisanya ia akan terapung dan tenggelam,
7. Tutup balang kaca tersebut dengan kain bersih agar debu ataupun binatang tidak masuk kedalam balang namun tetap ada udara, sebab jamur Kombucha memerlukan ia bernafas. Ikat saputangan dengan tali ataupun getah agar tidak mudah terbuka.
8. Letak baling itu ditempat gelap. Untuk proses fermentasi teh manis tersebut, jamur Kombucha tidak boleh kena sinar matahari dan jangan goncang-goncang. Kalau tidak bungkus baling itu dengan pembungkus atau tas plastik hitam tetapi jangan sampai menutup mulut balang yang sudah ditutup kain agar ia dapat bernafas.
9. Jemurkan selama 7 hari ataupun 14 hari (mengikut keperluan)
10. Pada setiap balang dengan bibit/jamur Kombucha yang dijemur akan ada “Baby Kombucha”, yang berupa lapisan tipis diatas jamur Kombucha yang lama. Pisahkan “Baby Kombucha ini, kemudian jemurkan selama beberapa hari dalam sedikit larutan Kombucha Tea sehingga agak tebal, maka “Baby Kombucha” ini siap menjadi pemulaan untuk membuat Kombu cha-Tea yang baru.

PENTING UNTUK DIPERHATIKAN DALAM KESELURUHAN PROSES PEMBUATAN KOMBUCHA-TEA :

- Menuntut kebersihan serta ketelitian dalam pembuatannya.
- Cuci bersih tangan Anda dengan sabun dan lap sampai kering dengan lap yang bersih dan baru.
- Lepaskan cincin & gelang dan benda-benda logam lain dari tangan Anda yang mungkin akan bersentuhan dalam proses pembuatan Kombucha-Tea .Juga kuku harus bersih
- Bersihkan semua alat-alat yang dipakai. Pakailah pengaduk dari kayu atau plastik/melamine, jangan dari logam 
- Cuci semua alat-alat yang akan/sudah dipakai terpisah dari alat-alat dapur/masak yang lain agar tidak kena minyak/zat-zat makanan lain.Dan simpan terpisah
- Bekerjalah di ruang yang jauh dari asap dapur atau rokok kecuali pada saat menjerang air untuk teh.
- Lingkungan tenang dari suara bising.
- Udara bebas polusi udara / suara/bau.
- Ruangan bersih dari serangga ( lalat, semut, lebah dll)
- Lebih baik diruangan tersendiri dengan ventilasi yang cukup.

MENJEMUR KOMBUCHA-TEA


- Setelah cukup usia (7/8 hari penuh) bukalah tutup balang tempat Kombucha-Tea.
- Pisahkan cendawan yang sudah jadi tersebut serta tapis dengan penapis plastik yang bersih dari minyak, lalu masukkan Kombucha-Tea anda kedalam botol-botol kaca/gelas, tutup rapat-rapat (ingat! Jangan tutup logam) dengan sumbat bukan logam lalu simpan dalam almari es. Kambucha-Tea siap diminum.
- Aturan minum :
Untuk permulaan ambil 1/4 gelas Kombucha-Tea 3x sehari atau 2x sehari selepas makan. Apabila dalam waktu 1 minggu tidak ada reaksi apa-apa, tambahkan dosisnya menjadi 1/2 gelas, 2x sehari dst. Kombucha-Tea pertama bersifat sebagai detoksifikasi, mengeluarkan racun-racun dari tubuh kita.Sekitar 30 minit sesudah minum Kombucha Tea, minum air putih.

GAGAL KERANA :

1. Alat-alatan yang digunakan kurang bersih
2. Memakai cerek aluminium sewaktu memasak air
3. Balang diotak-atik ,dipindah-pindah selama masa fermentasi
4. Ada yang merokok diruang fermentasi atau ditaruh didapur yangbanyak asapnya
5. Lupa memasukkan baby kombucha
6. Kena matahari secara langsung
7. Waktu memasak air dengan waktu memasukkan ke balang terlalu lama ( 6-10 jam).Ertinya teh tersebut sudah basi. Sebaiknya 3-5 jam ,dimana suhu air teh manis sudah tidak panas lagi

TIPS

1. Proses fermentasi memerlukan oksigen, sehingga balang yang lebar akan mempercepat proses pembuatan Kombucha Tea yang enak. Bila anda menggunakan balang yang tinggi sementara air hanya separuh, maka akan memperlama proses fermentasi
2. Pada waktu menjemur anda akan mendapatkan dua Jamur, jamur pertama dan jamur baru/anaknya yang terbentuk selama proses fermentasi. Jamur yang baru dapat dipotong dengan tangan untuk dijadikan bibit pertama. Jamur yang lama dapat dipakai untuk rabuk tanaman
3. Fermentasi kurang dari 7 hari, tidak berkhasiat apa-apa.

ATURAN MINUM UNTUK ANAK-ANAK :


1. 1 - 2 thn : 1/10 - 1/5 gelas/hari
2. 3 - 4 thn : 1/4 gelas/hari
3. 5 - 9 thn : 1/3 gelas/hari
4. 10 - 14 thn : 1/2

2 comments:

Nora Karim on 22:48 said...

wah... first time dengar ni... thanks share...

Best tak berurut tu? Mesti ringan rasa badan...

acik mano on 11:57 said...

memang le best...lepas tu rengan le badan ...mana2 yg sengal2 tu rasa lega...alhamdulilah

 

What Ever... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei